Sunday, 10 April 2011

Pernah kah anda ???



 Pernahkah?....

- Pernahkah anda mengingati seseorang itu dari detik pertama
pertemuan sehingga detik akhir pertemuan?

- Pernahkah anda mengingati setiap peristiwa dan kata-kata
seseorang itu dari mula pertemuan sehingga akhir pertemuan?

- Pernahkah anda mengingati seseorang itu setiap minit dari
celik mata sehingga terbawa ke dalam mimpi tidur sehingga
ke hari ini?

- Pernahkah anda merindui seseorang itu tanpa rasa jemu?

- Pernahkah anda sentiasa mengharapkan dari Tuhan tanpa rasa jemu agar insan itu akan bersama anda disuatu hari nanti?

- Pernahkah anda menitiskan air mata hanya kerana merinduinya atau menyebut namanya?

- Pernahkah anda rasa kelu lidah dan kelu bahasa bila berhadapan atau berbicara telefon dengannya?

- Pernahkah anda menjadi terlalu berhati-hati untuk bicara
dengannya hanya kerana takut terkeluar kata2 yang mungkin akan menggurisnya?

- Pernahkah anda merasakan kehadiran seseorang itu seakan satu hadiah yang amat besar dari Tuhan?

- Pernahkah anda sanggup melakukan apa saja demi untuknya?

- Pernahkah anda rasa bersedia dan sanggup berhadapan dengan pelbagai hukuman hanya untuk memilikinya?

*** Dan jika anda pernah merasakan ini semua, adakah ini yang dikatakan seseorang itu telah dipanah oleh cinta yang tulen??

** HANYA ALLAH MENGETAHUINYA **

 

No comments:

Post a Comment