Tuesday, 3 May 2011

-Seloka Buang Bayi-

Ape nak jadi negara kite ini,
Di sane sini setiap hari,
Di dada akbhar di kaca TV,
 Tak habis-habis cerita orang buang bayi...
 
Gara-gara mengikut nafsu yang jahat,
Masa buat tidak beringat,
Dari ringan-ringan jadi berat-berat,
Sedar-sedar perut dah sarat...

Waktu itu mula gelabah,
Barulah terasa tak tentu arah,
Kerana takut mak bapak,
Bayi dibuang bagaikan sampah...

Dari janin hingga yang cukup sihat,
Dibuang tak mengira tempat,
Di tong, di longkang, di mana yang sempat,
Memalukan bangsa menyusah kan masyarakat...


Budak-budak dahulu main sorok-sorok,
Kadang-kadang main pondok-pondok,
Nikah kahwin secare olok-olok,
Semua nya dibuat skadar berseronok..

Budak-budak sekarang lain cerita,
Baru baligh dah berlagak dewasa,
Berpakwe makwe tak mengira dosa,
Menyeluk meraba dianggap biasa..

Perangai kita sejak azali,
Bila Timbul fenomena ini,
Punca dan sebab baru nak cari,
Kesana kemari menunding jari...

Semua benda jadi sasaran,
Seagala perkara kita salahkan,
Termasuk teknologi dan juga kemajuan,
Konon kerananya remaja hilang pegangan...


Kita lupa untuk bertanya,
Kalau betul itu puncanya,
Kenapa kebanyakan remaja kita,
Di mana silap nya di mana tak kena...

Orang lain guna teknologi juga,
Pengaruh sekitar pun tak banyak beza,
Tapi mereka tak lah bunting tak tentu hala,
Taklah juga buang anak di merata-rata...

Sebenarnya kalau betul nak diambil kira,
Kita semua salah belaka,
Dari remaja dan muda belia,
Sampailah yang tua bangka...
Anak orang jeling-jeling,
Anak sendiri tak ambil pusing,
Konon nye nak tunjuk 'sporting'
Sedar-sedar anak dah bunting...

Dah puas terhantuk dah puas ternganga,
Baru lah hukuman hendak dipinda,
Tapi semua itu tak membawa makna,
Kalau perangai masih sama...

wahai sahabat ku renung-renung kan la...

No comments:

Post a Comment